untuk dijual

Surat kepada Jabatan Haiwan

Salam kepada semua,

Saya disini ingin berkongsi maklumat/pendapat saya yang tidak seberapa. Diharap pihak tuan/puan dapat membaca dengan hati yang terbuka.

Saya merupakan seorang penternak Arnab secara kecil-kecilan di Johor. Untuk memulakan penternakan ini saya telah mendapat tunjuk ajar dari seorang penternak berbangsa Cina.Penternak ini menyewa sebuah kandang arnab yang kosong di dalam institut veteriner Kluang. Walaupun kami berlainan bangsa tapi dia telah sudi memberi seberapa banyak ilmu yang saya perlukan di dalam penternakan ini. Saya sering bergantung kepada dia untuk mengambil bekalan induk, makanan dan ubat-ubatan untuk ternakan saya...bukan saya mahu meperlekehkan jabatan haiwan/institut veteriner yang ada di tempat saya, tetapi kekurangan pengalaman dan ilmu menyukarkan mereka untuk membantu saya.

Apa yang mengejutkan saya pada hari ini 03/06/2009 pada pukul 9.00pagi ada berlaku satu operasi menghapuskan ternakan milik penternak ini atas alasan mahu mengambil semula kandang arnab yang digunakan. Padahal saya tengak masih ada lagi 3 kandang kosong di situ. Ini seperti satu tindakan yang tidak munasabah. Arnab-arnab disembelih dan ditanam, anak2 arnab dirampas pihak veteriner(utk apa?) Kenapa mesti berlaku sebegini kejam? Ini seperti budaya samseng yang sering kita lihat di media massa cuma dilakukan oleh mereka yang berkolar putih shj.

Mungkin ada berlaku sedikit salah faham atau kekeliruan di dalam masalah ini, tetapi saya rasa mungkin ada jalan penyelesain yang boleh di bawa berbincang secara baik. bukan budaya kita merampas hak orang lain.

Sekarang ini penternak-penternak kecil seperti saya mungkin mengalami masalah dari segi bekalan makanan,induk dan ubat-ubatan. Saya pasti Jabatan Veteriner tidak dapat membantu kerana mereka kurang sumber didalam bidang penternakan ini. Bidang ternakan ini baru nak membangun dan kita memerlukan sumber-sumber dari penternak cina ini, alangkah bagusnya jika pihak veteriner dan penternak ini bergabung berkongsi pendapat didalam membangunkan penternakan arnab di Malaysia.

Di harap luahan saya ini mendapat perhatian dari pihak tuan/puan..semoga tiada lagi peristiwa berdarah begini berlaku lagi didalam bidang penternakan...


Sekian, terima kasih

penternak arnab

BATCH 1

BAka BAka First batch


BAKA-BAKA INDUK UNTUK FARMHOUSE KAMI:


Fuzzy Lop 2doe/ 1buck

Cross Anggora 2doe

Cross Lion Head 1doe/1buck

Cross E.Spot 1doe/2buck

Buat masa ini kami masih lagi mencari baka-baka arnab lagi untuk dijadian induk. Kami berharap dapat mencari beberapa spesis yang berlainan dan pure breed.

 
(c) free template